Pembinaan Frigat Type 26

HMS Glasgow sedang dibina pada bulan Jun 2021

Kerja pemotongan keluli untuk tiga buah kapal pertama daripada lapan buah kapal untuk Tentera Laut Diraja telah dilakukan pada 20 Julai 2017.[36] Pada bulan Julai 2015, BAE Systems telah mengumumkan bahawa kontrak pengeluaran untuk tujuh jenis peralatan pertama bagi frigat Type 26 bernilai lebih daripada £170 juta. Kontrak-kontrak ini dianugerahkan kepada Babcock International untuk membekalkan sistem pengendalian persenjataan udara; David Brown Gear Systems Ltd untuk kotak giar pendorongan dan kemudahan ujian; GE Power Conversion untuk motor pendorongan elektrik, sistem pemacu dan kemudahan ujian; Raytheon Anschütz bagi sistem integrasi bridge dan navigasi termasuk rekabentuk dan pembangunan berdasarkan kehendak pelanggan, sebuah kemudahan integrasi daratan, dan satu rangkaian luas perkhidmatan; Rolls Royce Power Engineering untuk turbin gas; Rohde & Schwarz UK Ltd untuk sistem komunikasi; WR Davis Kanada untuk sistem eksos dan funnel ambilan dan keluaran kapal.[84][85]

Pada bulan Disember 2016, BAE Systems mengumumkan anugerah enam tambahan peralatan untuk frigat Type 26 kepada Detegase dari Sepanyol untuk sistem rawatan air dan kumbahan, Salt Separation Services untuk peralatan penyulingan air laut, Johnson Controls untuk loji penyejukkan air, Marine Systems Technology Ltd untuk hatch dan pintu kedap air, cuaca dan gas, dan Rolls Royce untuk komponen-komponen penstabil dan pemanduan. Kontrak juga dianugerahkan kepada Pellegrini Marine Equipments dari Itali. Kontrak-kontrak ini bernilai £380 juta daripada jumlah keseluruhan pelaburan dan rangkaian pembekalan untuk frigat Type 26.[86]

Berdasarkan Gary McCloskey, ketua rangkaian bekalan untuk frigat Type 26 di BAE Systems, menjelang bulan Mac 2017 antara 40 hingga 50 pembekal akan terlibat dalam program frigat Type 26, dan sekitar 33 memiliki kontrak penuh.[87]

Pada 5 April 2017, Raytheon Anschütz telah mengumumkan kejayaan integrasi Sistem Maklumat Paparan Carta Elektronik Kapal Perang (WECDIS) di dalam Integrated Navigation and Bridge Systems (INBS) mereka bagi frigat Type 26.[88]

Pada bulan Julai 2017, BAE Systems menyatakan bahawa program Type 26 kini menggaji lebih daripada 1,200 orang dalam rangkaian bekalan di UK, dan pada masa hadapan akan mencipta peluang untuk lebih 3,400 peluang pekerjaan di BAE Systems dan rangkaian bekalan maritim di UK.[1] Ia juga menyatakan bahawa pada bulan Julai 2017, selari dengan pengumuman kontrak-kontrak tambahan, jumlah pelaburan dalam rangkaian belakan untuk Type 26 akan mencapai £500 juta. 14 buah syarikat dan dianugerahkan kontrak semasa pengumuman pada bulan Julai termasuk Babcock untuk grid pendaratan helikopter, MSI Defence Systems untuk meriam kaliber kecil, dan Thales untuk sistem sonar jujukan ditunda. Kontrak terbesar pada Julai adalah pembelian keluli struktur untuk tiga buah kapal pertama kepada kilang keluli di UK dan Eropah oleh Dent Steel Services Ltd.[89]

Rujukan

WikiPedia: Frigat Type 26 http://www.theaustralian.com.au/national-affairs/d... http://www.navy.gov.au/fleet/ships-boats-craft/fut... http://www.abc.net.au/news/2016-04-18/offshore-pat... http://www.navy-marine.forces.gc.ca/assets/NAVY_In... http://www.aviationweek.com/Article.aspx?id=/artic... http://www.aviationweek.com/aw/jsp_includes/articl... http://www.baesystems.com/Businesses/SurfaceShips/... http://www.baesystems.com/en-aus/article/bae-syste... http://www.baesystems.com/en-ca/article/further-su... http://www.baesystems.com/en-uk/article/550-uk-job...